Saturday, July 14, 2012

Masuk U sebab nak mencurik.

Assalamualaikum.Life is full of suprises kan? Kita ni kekadang leka sangat and tak perasan sebenarnya kita ni suka take things for granted.Kita hanya akan sedar kalau dah dapat pengajaran. (*fuhhh tarik nafas)

Eh macam good-good aje intro.Poyo kejap rasa.Gua sebenarnya baru abes final exam. (Woah terus gangsta teww) Ringan je otak apatah lagi kaki ni.Kalau tak, tido pun pikir ehhh banyak lagi tak study,macam mana nak buat yang tu, yang ini ahh kacau-bilau hidup aku.

Minggu last final memang havoc hidup aku.Mana tak nya, dua paper terakhir tu sebelah-sebelah je tarikhnya.Erggghhh tensi tensi (muka senyum).Serius lah aku tension abes time tu.

Nak dijadikan cerita, isnin lepas aku study bagai nak gila.Dari celik mata, sampai ke tengah hari, stop kejap pegi makan lepastu sambung study balik.Then plan lepas zohor ada study group dekat Kompleks Prima Siswa dengan classmates yang lain.Sebenarnya plan berlima je, tetiba turn out ramai pulak datang.Dalam 10 orang camtu.Takpalah, sharing is caring kan? Maka masing-masing sibuk study sambil diselang-seli dengan gosip.Kahkahkah sempat lagi tau bergosip.Meja kitorang yang berlima tu buat soklan sikit,gosip,buat soklan sikit,sambung gosip.Patut pun 1 soalan amek masa 10 minit nak siapkan -.-

Sibuk sangat bergosip, ehh silap, sibuk sangat study tak sedar dah pukul 6 petang.Lupa tak solat asar lagi so stop kejap and pergi surau.Iyelah, study bagai nak gila tapi lupa nak solat takda guna jugak kan? (Duduk Tahiyyat akhir) Tak berkat ilmu nanti. Time dalam surau tu, roomate aku call. Dia tanya aku ada dekat mana, aku jawab aku tengah study group ni. Lepastu dia bagitau aku, beg dia hilang masa dia tengah dalam bilik kuliah jawab exam and dalam beg dia tu ada kunci bilik so dia tak dapat nak masuk bilik. Aku pun macam oh ok, tapi aku lama lagi nak study kat situ so aku kata mungkin aku balik lambat sikit and suruh dia datang kat aku amek kunci. Dia kata, takpalah study lah dulu nanti dah balik bilik mesej dia.

Time tu takdalah aku nak pikir buruk ke kan. Aku pikir kengkawan dia prank dia ke apa. So, aku biarkan je. Dalam pukul 8 malam camtu, aku pun geraklah balik bilik. Tengok, hardcore gilakan study sampai 6 jam? Sampai bilik, aku mesejlah roomate aku kata aku dah ada kat bilik marilah pulang, marilah pulang, bersama-samaaaa. Ok tak, tipu aje aku mesej gitew. Roomate aku boleh pulak reply "Ada apa-apa tak kena tak kat bilik tu?" Aku dah tetiba cuak sengsorang. Tengok kiri kanan then reply mesej "Ekin ni menakutkan fizalah.Kenapa cakap camtu?" Dia kata takda apalah, pegilah mandi dulu. So, aku pun buat macam biasa pergi toilet and basuh kain.

Hari kejadian.
Time dalam toilet tu, roomate aku datang nak amek kunci bilik. Dia pun ceritalah, beg dia hilang kena curik. And ramai lagi budak yang hilang beg time exam petang tadi. Ada yang jumpa beg kat tong sampah lah, henset dalam beg ilang, kunci bilik pun ilang. Omaiii baru sedar thiz iz seriuz man. Aku pesan kat dia, kalau risau, laptop dalam locker dia tu simpan lah dalam locker aku buat sementara waktu ni. Lepastu, dia pun pegilah masuk bilik and aku sambung basuh kain and mandi.

Dah selesai semua, aku balik bilik. Tengok, ramai orang kat bilik aku. Aku masuklah and roomate aku tengah call orang. Then, dia cakap kat aku ;

"Fiza, laptop ekin orang dah curik sekali dengan wallet."

Huuu takutnya kalau dia pakai gini T__T
Terasa macam ada orang lempang aku kot masa tu terus aku hempas baldi aku and teringat wallet aku dalam laci meja study. Bukak je, laci meja tu macam tengah menyanyi lagu najwa letip tau. Kosongg kosonggg~~ Huwaaaa wallet aku pun kena rembat oh nehi nehi. Terus menangis and call ayah aku. Teresak-esak cerita bilik kena masuk orang and wallet dah hilang. Dah lepas call tu, aku terus pegi bilik member aku and cerita kat dia sambil menangis. Fikiran aku malam tu dah terabur merata-rata fikir kad pengenalan aku oh dan paling penting, kad ATM aku hoi! Lesen L dengan lesen P lagi. Tapi yang paling aku risau, kad ATM aku. Suruh mak aku call kan bank and block kad aku. Entah selamat ke tidak duit dalam bank, masa tu aku pun tak larat nak fikir dah.

Malam tu jugak, aku and roomate aku abeskan masa dekat office Polis Bantuan UiTM buat report. Dahlah aku tak makan malam lagi, dengan hujan nya, dengan esok ada paper. Cabaran tau tak? Tapi aku lega sikit sebab no pin ATM aku tak guna no ic. Baru lega sikit, belum boleh lega banyak manalah tau pencurik tu advance ke kan? Ada 3 kad ATM , dua daripadanya tak guna no ic. Satu je yang guna tapi tak risau sebab dalam tu ada RM20 aje kot. Ameklah kalau terdesak sangat nak duit. Aku sedekah. 

Dah setel buat report, balik bilik and masing-masing tak boleh nak tidur memikirkan kunci bilik tu still ada dekat pencurik desperado itew. Dahlah dekat aras aku, sepanjang hallway takda lampu sebab rosak maka gelap-gelitalah. Aku letak kerusi belakang pintu bilik. And walaupun mata dah berat and dah terlelap, nanti tetiba terkejut. Kesian tak? Nampak sangat trauma and takut kan? Risau juga pencurik tu datang balik and buat bukan-bukan. Selagi tak tukar tombol, any worse possibilities can happen kan?

Esok pagi terus mintak kolej tolong tukarkan tombol pintu. Petang lepas exam, pegi balai polis buat report. Terima kasih Sarjan Paugi, bagi nasihat kat kitorang. Rasa macam ayah kitew plak yang bagi nasihat. Lol terharu tetiba. Sama jugak, sampai ke malam abeskan masa kat balai polis. Kalau boleh nak suruh tido situ. >.<

Laporan Polis
Senang hati dah sikit. Esok nya mama call and bagitau, dah check transaksi bank. Takda duit yang dikeluarkan sepanjang malam kejadian. Alhamdulillah. HAHA padan muka kau pencurik. Ameklah duit 60 hengget tu beserta topup 10 hengget dalam wallet aku tu. Aku sedekah. Kesian kau kan? Desperado. Nanti kat akhirat pepandailah kau cari aku, cari roomate aku and berapa ratus orang lagi yang dah kau amek harta diorang. Sedih kan? Aku nak sangat tengok muka kau, cantik ke, stok model ke, ke memang jenis muka pecah rumah? Belajar tinggi-tinggi tapi jadi pencurik.

Anyway I learned my lesson. Some of them are :

1.  Never leave your room keys or any keys in your bag during exam. Bawak skali gantung kat leher. Biarlah nak patah leher sebab gantung kunci bebanyak dari menangis tak berlagu.

2.  No pin ATM tu jangan gatal-gatal nak samakan dengan no ic. Aku rasa yang ini basic sangat. Iyelah, kalau hilang skali dengan ic, senang je pencurik tu nak guess your pin number right? Extremely imortant tau!

3.  Bagi yang duduk asrama tu, kalau boleh cabutlah tag no bilik kat kunci tu. Kes aku ni sebab ada tag no bilik kat kunci tu yang senang dia serang. Cuba kalau takda tag no bilik, takkan sanggup dia nak try satu-satu bilik. Menempah maut namanya tu.

4.  Put your harta kesayangan berharga dalam locker. Pencuri yang sopan masuk bilik orang guna kunci bilik ni takkan nak pecahkan mangga locker melainkan dia ada kunci. Silap aku, letak wallet dalam laci meja. Nasib baik sebelum keluar study tu, aku simpan laptop dalam locker. Kalau tak T__T

Kehadapan pencurik,

Bahagia kan awak dapat hasil lumayan dengan masuk bilik saya? Takpalah, awak dah banyak menyusahkan orang time ni. Kali ni turn awak susahkan orang, tapi saya percaya Qada' dan Qadar. Selagi awak tak pulangkan harta orang yang awak curi tu, sampai bila-bila hidup awak takkan aman. Makan duit haram yang bakal mengalir ke tubuh keturunan awak. Masa kat padang mahsyar nanti, pandai-pandai awaklah cari orang yang awak dah amek harta dia tu. Mungkin balasan dunia awak terlepas, tapi tidak balasan akhirat. :) Allah itu maha adil. Kan?

Sekian, Assalamualaikum.

P/S : This is reminder for my faculty students. And also all UiTM Shah Alam students. Be careful. Dalam kalangan kita ada yang datang UiTM bukan untuk belajar, tapi untuk jadi pencuri berjaya. 



Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: