Tuesday, May 15, 2012

Hai saya hidup lagi.

Assalamualaikum.Ehem.Hai blog :) Dari hari ke sehari nak update entry baru sampai lah sekarang dah errr berapa bulan dah ni? Ok fine hampir 3-4 bulan aku mengabaikan blog.Dalam tempoh tu boleh kira dengan jari berapa kali aku dok log-in masuk blog. >.<

Anyway, banyak gileeee aku nak share stories ni.Nak start dari mana eh? Hmmmm ok kita start dari Shah Alam.Aku dah 2 bulan sambung degree kat UiTM Shah Alam and amek kos Sains Komputer.Alhamdulillah life kat sini ok walaupun stress sikit tapi penat mendaki bukit nak ke kelas tu haishhhh toksah cakaplah.Hari-hari mulut tak behenti membebel 'penat' and 'panas' dari mula keluar bilik sampai lah ke kelas.Haha sila jangan contohi aku.Kalau nak blaja tu jangan merungut.Ada orang lagi teruk kene naik sampan,berenang,panjat pokok ok dah over plak semata-mata nak pegi blaja.Stakat kau jalan kaki naik bukit nak kecoh ke? Well kat Jengka takde bukit and sepanjang laluan nak pegi kelas ada 'Alor Gajah' atau nama lainnya susur gajah.Sebab apa 'Alor gajah'? Tu masa masuk politeknik dulu then aku salah sebut ;p

Kawan saye di Shah Alam :)
Setakat ni budak kelas ok sebab mereka setahun lebih muda dari kitorang bertiga kat atas ni so masing-masing sopan-santun yelah hormat terhadap orang lebih matang dalam kelas.Lol matang ke? Matang dari segi umur tapi tak dari segi perangai sebab asyik gelak and bising je dalam kelas.Slalu duduk blakang skali lepastu tak fokus apa lecturer ajar.Abes lecture,masing-masing muka cam nak mintak pelempang je sebab stress tak faham apa lecturer ajar tadi.Hahahahahaha tapi jangan risau,balik bilik kami revise balik apa yang dibebel oleh lecturer tadi.

Ok done with that.By the way, esok aku konvo.Oh yeahhh :) Walaupun tak dapat ANC, but still pedulik hape aku.Nak jugak join konvo.Tak faham dengan mentaliti orang yang "Ala baru diploma je nak kecoh konvo jugak ke?"

Tak kesahlah orang nak kata apa.Asalkan tak guna duit dia bayar konvo kita.Kan? Lagipun,itu simbol penat lelah aku 3 tahun struggle hanya nak dapatkan segulung sijil tapi muka bangga makayah aku,it is priceless.I've seen my parent proud face during my sister and brother convocation and I said to myself, "I want that too!" Tapi sorry mama and ayah,I didn't get ANC. :(

Ok lah nanti aku post gambar konvo aku ok? Wish me luck untuk esok ok? Nanti aku upload gambar.Jangan risau,I will not neglect my blog anymore.Sebab...dah ada laptop baru! Ok takde kene-mengene walaupun laptop baru tapi takda internet connection pun takda guna jugak kan? Ok bai.Assalamualaikum.

Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: