Sunday, July 15, 2012

Makan untuk hidup, Bukan hidup untuk makan.

Assalamualaikum. Muka aku lagi. Balik-balik muka aku, balik-balik muka aku. Cubalah bagi muka Fahring Ahmad ke update blog tak pun Angelina Juling. Dah tu kalau diorang takda blog nak update amenda jadi terpaksalah mengadap muka aku. Apsal aku rasa dah ramai tak bergiat aktif dalam sukan menaip entry ni eh? Oh lupa. Masing-masing dah sibuk buat diari baru dekat Twitter. Mana nak ngadap blog lagi khen?

Malam buta macamni kalau buat entry pasal makanan pun best jugak. Semalam ter-tengok rancangan Man Vs Food dekat channel mana satu ntah. Tetiba terasa nak jadi host rancangan pasal makanan. Ceritanya, Man Vs. Food ni makanan dia memang dalam potion yang banyak lah.


Kan aku dah kata, makanan dia besar gedabak. Pizza tu boleh panggil satu kampung join makan sekali kat tepi sawah. Yang jenis tamak bab makanan tu, ala jenis bila ada makanan sedap sorok dalam microwave tak nak bagi orang makan, lepastu tunggu semua takda dekat rumah baru keluarkan. Punyalah kedekut tak nak bagi sikit. Haaa pizza ni sesuai untuk jenis macamni. Kita tengok dia mampu tak nak sorok dalam microwave lagi. Silap haribulan, sorok bawah katil? Itu memang Haji Bakhil.

Sekarang, aku nak listkan apa yang aku suka makan bila time keluar berseronok. Eh, mana main makan nasi goreng biasa tak nak sayur ni. Tak class. (LOL) Berlagak kau kan? 

1.  Seoul Garden

Seoul Garden


Haaa memanglah makanan dia hidang tu tak masak. Sebab, kita boleh masak sendiri. Nanti atas meja kita ada kuali (kuali lah kot) yang panas untuk kita goreng atau pun steam kan makanan kita tu. Best! Pengalaman masak sendiri sambil minyak terpercik sampai kotor meja.

Masak time.

Ni gambar masa first time datang Seoul Garden. Orang belanja sebab birthday aku time ni. Tak ingatlah bila. Sejak tu, suka sangat datang sini lagi-lagi kalau mengidam. Encik Haidi pun suka. Lagi satu, tempat ni jenis makan sekali nak lagi, eh tak. Bayar sekali and makan lah banyak mana kau suka. Best kan? Cepat pergi and try. 

2. Okonomiyaki

Amenda tu? Ok relaks. Okonomiyaki atau nama facebooknya Japanase Pizza. Ini pun jenis makan sekali nak lagi. Sedap sampai tak nak share beli masing-masing punya. Padahal besar, lepastu kenyang muka nak muntah.


Luarnya tu telur. Lebih kurang macam murtabak lah. Inti dalam kau boleh pilih nak ketam ke, cheese and crab ke, sotong ke. Sukahati ikut tekak mung. Aku makan benda alah ni dekat Mines Shopping Centre Serdang. Dekat dengan esclator, tingkat LG. Kat situ pun ada jual benda bulat-bulat apetah namanya aku lupa. Yang tu pun sedap! Wajib cuba.

3.  Fullhouse

Restoran ni memang cantik. Decoration dia, mak aih macam rumah pun ada. Selesa sangat. Service pun 5 star. Masa tu au datang time diorang dah hampir nak closing,tapi still layan bagus gila. Entah-entahdalam hati nak terajang aku kan? Sapa tahu. Ah tak penting asalkan diorang layan elok. Aku baru sekali datang sini and time tu aku makan Chicken Chop dia. Yummy sangat. And it turn out that dish I chose is the customer favourite. Sos dia paling penting. 



Trademark Restoran Fullhouse ni adalah kereta tu. Pergi mana sekalipun mesti ada kereta macamtu.

4. HR Steak House, Kampung Baru

Tempat ni pun memang terbaik walaupun kekadang service dia macam nak mintak kaki pun ada. Tapi takpa, kita abaikan. Makanan dia sedap and paling penting, murah. Serius ni. Dahlah potion pun banyak, harga chicken chop biasa tu dalam Rm7.50. Murahkan?




5.  Burger Bakar Abang Burn

Yang ni aku kecewa sikit time makan. Sebab dapat burger, dah sejuk. Iyelah, diorang dah siap masak kalau tak mungkin kena tunggu sejam. Lebih elok kalau bawak balik then panaskan kat rumah. Aku suka makan burger panas-panas sambil cheese cair pehhh lazat gila.

Situated at Ampang Avenue apetah. Dekat Taman Dagang.

Pehh ke tak pehh sekarang? (*angkat kening)


Gambar atas ni, aku makan aritu. Kira set lah ni siap ada sosej lagi. Kenyang woo. Kita boleh tambah apa kita suka dekat burger tu. Nak brapa tingkat. Nak tambah bacon ke, apa ke. Best lah jugak kalau makan time panas. So, wajib cuba jugak tau.

Ok dah. Bagi 5 dulu. Perut aku dah berbunyi ni siapa nak tanggung? Maka haruslah berkongsi biar perut korang pulak berbunyi. Ayaq liuq tu lap sikit. Meleleh jatuh atas keyboard kang. ;p

Sekian, Assalamualaikum.

Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: