Wednesday, July 18, 2012

Mari bawak handphone ke sekolah ayuh!

Assalamualaikum. Di malam yang sepi pi pi, Pak Mat jual topi pi pi. Ok dah boleh stop rasanya kan sebab lupa lirik -.- Booo lagu simple pun lupa lirik booo~~ Sila diam kalau tak nak aku ikat kau dekat kerusi and paksa kau tengok marathon video si Nur Feetri. 

Harini aku nak buat entry pasal apa ek? Takkan pasal makanan kot. Bawak-bawaklah bertenang sikit. Nanti kang orang kata "Mana tak gemuk kau ni. Makan je tau." Society yeah? You know. Haaa ada idea dah! Sekarang ni dah keluar berita budak sekolah boleh bawak henpong mulai tahun 2013 kan kan? Pehh untunglah wahai budak sekolah. Dulu time ahkak (ahkak uols.Tetiba ahkak kan?), bawak henpong pergi sekolah macam bawak dadah tau. Dahlah henpong tu boleh pulak terkeluar dari poket baju sekolah depan penolong ketua pengawas. Tak pasal-pasal kena rampas. Deym. Nak mintak balik henpong murah tu, kena panggil ayah datang sekolah and siap kena angkat sumpah depan cikgu dalam bilik guru. Janji tak nak bawak dah henset pergi sekolah. Hebat tak sekolah aku? >.<

Tapi esoknya bawak jugak. Kahkahkah. Mana boleh, susah kot nak contact pakwe nak detim lepas sekolah sebelum masuk tuisyen makan Mcd sesama.

Yeahhh boleh bawak henset dah!!
By the way, ramai nampaknya tak setuju dengan berita ni. Lagi-lagi budak yang dah abes sekolah. Katanya nanti tak belajarlah, tak pandailah, main henset je tau dalam kelas. Ala sebenarnya diorang jeles lettew. Kan kan? Iyakan ajelah. Mana tak nya, dulu bawak henset pergi sekolah kena rampas dengan penolong ketua pengawas lepastu kena angkat sumpah pulak tu (mengata diri sendiri). Fikir logiklah kan, dulu pun kita bawak jugak henset pergi sekolah. Pandai je. Abes je sekolah. Tak semestinya bawak henset pergi sekolah, cikgu nak biarkan aje anak murid dia main henset, post gambar ke instagram, main twitter sambil post "erghhh boringnyeww add math niww."

Mestilah ada peraturan.Off henset time dalam kelas. Tak payah cakap pasal sekolahlah. Kita ni pergi kuliah pun bawak henset. And masing-masing boleh fikir, time dalam kelas silent phone atau off kan. Takkan nak main twitter jugak kot dalam kelas? It is all about respect people. (Err I sometime do this.Haha sometime konon.) 

Fikir positif lah kan. Kalau budak-budak ni kena tinggal dengan bas sekolah and they don't have change to call their parents, inilah gunanya henset. Tak perlu lagi dah pakai public phone yang memanjang rosak. Makbapak pun boleh ajar anak-anak diorang buat speed dial untuk emergency. Tau-tau ajelah dunia sekarang. Macam-macam boleh jadi. 

Lagipun kita boleh tengok sendirikan dalam movie kat wayang, cerita kat tv. Sekolah dekat oversea pun bagi bawak henset pergi sekolah. It is not a big deal after all. 

Kalau pasal kes kecurian meningkat dekat sekolah nanti, amboi sejak bila kau upgrade jadi Ketua Polis Negara dah ni? Risau gitu pasal kes kecurian. Senang je. Harta sendiri, pandai-pandailah jaga. Kalau rasa anak tu kecik lagi, baru kenal sekolah tak payahlah bagi bawak henset. Kencing pun kat tilam lagi, nak bagi bawak Iphone pergi sekolah. Oh nehi nehi. Silap haribulan, dia buat jadi pembaris pulak. Suruhlah budak-budak sekolah ni gantung henset diorang dekat leher. Jangan main tinggal je sesuka hati dalam beg sekolah.

Pembaris kita hilang. Kita guna Iphone mak kita bagi aritu jadi pembaris boleh tak?

Kepada budak-budak sekolah sekalian, ahkak nak bagi nasihat ni. Orang dah bagi kelonggaran, silalah bersyukur dan ikut je apa cikgu suruh. Cikgu suruh off henset, sila off. Cikgu kata jangan main henset dalam kelas, janganlah main. Murka kang cikgu tu, abis kena tarik balik kelonggaran ni. Cikgu kata, post gambar dia dekat istagram kamu, buat aje. Jangan bantah. Lepasni adik-adik semua dah boleh check-in dekat sekolah masing-masing dekat foursquare. Bolehlah bertanding bagi mendapatkan gelaran Mayor. Hah ni lagi satu good quality. Bawak henset ke sekolah boleh meningkatkan daya saing dalam merebut gelaran Mayor sekaligus menggalakkan budak-budak ni rajin ke sekolah semata-mata nak check-in. Ok bai dah merepek.

Sudah check-in ka belum? Sudah cikgu!
Don't just see black and white in something. See in between. Ok? Apa aku merepek pun aku tak tau. Bai and Assalamualaikum.


Sila Like, Kalau Suka =D

2 comments:

AmalinaRahim said...

*kumpul duit belikan adik adik henset sebijik sorang*

Shafiza said...

Wahhh tetiba nak apply jadi adik awak. Ada kosong lagi tak? Haha ;p