Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Puasa penuh ke tu? Yang perempuan tak payah jawab, yang lelaki je jawab. Kahkahkah... Takkan nak bagi alasan cuti kot bro? Malulah kat anak sedara lu yang darjah 1 tapi semangat nak puasa penuh. Kan?
Anyway, harini bukan nak bebel pasal puasa. Masing-masing dah besar, dah boleh fikir dosa pahala sendiri. Amboi, tetiba kena tazkirah terus rasa nak close tab. Jangan begitu. Siapa lagi mahu dengar tulisan di blog saya ini membebel kalau bukan anda. Ye, anda yang kami cari. Tahniah! (Tetiba)
Oklah, mari kita ke agenda mesyuarat kita yang sebenar. Aku nak kongsi sikit tips nak beli barang-barang secara online. Ala...kira online shopping lah kan? Memang dah banyak bersepah tips dekat google tu tapi kadang-kadang kita ni bukan rajin nak baca sangat. Sebab tu banyak yang dah tertipu. Jadi sebelum korang kena dengar lagu Tipah Tertipu berjuta kali, eloklah kiranya korang bersila depan laptop dan baca apa yang aku nak tulis ni. Tips ni aku buat ikut logik sahaja :
TIPS 1
Online shopping ni lebih kurang macam kita shopping dekat kedai/ supermarket / pasar dan sebagainya. Of kos lah kan kita akan banding harga barang yang kita nak tu dengan semua kedai yang ada jual barang yang sama. Tengok yang mana paling murah, barulah kita belikan? Takkanlah main rembat je apa yang ada, lepastu pergi kedai lain and jumpa barang yang sama lalu tengok harga jauh lebih murah, terus rasa nak jadi Hulk.
Dan yang lebih harunya, kadang-kadang barang yang dijual online ni lagi mahal dari yang dijual dekat kedai. Biasanya individu yang jual barang-barang dekat online markup harga sampai 100%. Jadi, kalau anda rasa lebih murah anda beli dekat kedai dari beli online, beli ajelah dekat kedai ye?
Kalau malas macam mana pulak cikgu?
Kalau malas sangat murid-murid sekalian, rajin-rajinkan diri tu google website lain yang jual produk yang korang nak tu. Jadilah pengguna yang bijak ok?
TIPS 2
Korang terjumpa website online shopping yang korang berminat nak beli produk dia. Buat order and tak menyabar, terus buat payment. Sekali terbaca feedback customer yang pernah deal dengan pihak online shopping tersebut, katanya barang lambat sampai and kadang-kala kena tunggu anak yang 9 bulan dalam perut isteri tu bersalin, baru barang sampai. Adakalanya, barang tak sampai langsung and duit burn. Ohmai!
Haa situasi macamni kita kena elak ye adik-adik, kakak-kakak, bro-bro sekalian. Baca dulu testimoni and feedback customer yang pernah guna servis online shopping tu. Positif ke tak. Customer puas hati ke dengan servis and yang penting, RELIABLE! Jangan jadikan nasi yang anda masak tu bertukar menjadi bubur. Tak bagus. Reliable disini bermaksud, servis diorang boleh harap. Ini tak, order Iphone 4 dapat kuali. Order kuali, dapat Iphone 4. Oh tak, itu dah lain.
TIPS 3
Pastikan management website online shopping yang korang berurusan tu senang di contact. Lagi bagus kalau korang tau dekat mana office/stor company yang buat online shopping tu. If jadi apa-apa, boleh serang sambil bawak mercun pop pop kan? Tak gitu? Kalau customer banyak complain tak boleh nak berurusan dengan management, lupakan niat anda nak menjalankan aktiviti menabur duit kat situ. Berkemungkinan duit anda lebur tanpa dapat barang yang diorder tu besar.
Pastikan juga pihak handle online shopping tu rajin respond dengan customer. Ini customer tanya serupa cakap dengan pokok. Pokok pun tau goyang kalau angin tiup.
Ok, so far ini sahaja yang aku dapat kongsikan. Mungkin tak banyak tapi aku rasa boleh buat kesimpulan dekat sini, kena jadi kaki shopping yang bijak dan rajin. Bukan rajin habiskan duit, tapi rajin buat research dulu. Jangan main terjah aje. Ini bukan rancangan Melodi ok?
Dengan ini aku tinggalkan korang dengan tagline ;
Jadilah kaki shopping online yang bijak!
Assalamualaikum!
Sila Like, Kalau Suka =D
No comments:
Post a Comment