Saturday, August 11, 2012

Barang-barang comel, Automatik Ownernya pun comel. Gitew.

Assalamualaikum....Alhamdulillah, tinggal beberapa hari je lagi nak raya kan? Sedih pulak Ramadhan nak meninggalkan kita. Semoga Ramadhan tahun hadapan kita dipanjangkan umur dan masih berkesempatan untuk menyambutnya. Amin... :)

Ting !! Tukar personaliti. Kihkihkih...ehhh harini rasa happy semacam tau. Rumah dipenuhi ahli keluarga yang happening sebab keletah si kecik Zareef tu. Habis ribut satu rumah. Siap demo kat kitorang lagi cara tepuk Karrot Komedia. Sumpah guling-guling aku gelak sebab comel sangat.

Budak kecik yang lasak mak aih penat melayan T__T

Dan yang paling best skali, bangun tido pagi ni, Mama kata ada kiriman untuk aku. Eceh kiriman bagai. Kiriman lagu raya ke? Kahkahkah...parcel lah kira. Haaa aku dah dapat agak dari sapa. Dahlah tengah mamai. Mama boleh cakap "Eh mama lupa lah letak kat mana." Zzzzzz sabar jelah hati. Rupanya atas kusyen.

Apa lagi, rakuslah aku koyak kan sampul surat tu. Bukan nak tengok nama dah. Yakin sangat aku punya ntah-ntah akak aku punya kan pedulik hapa aku. Bila dah koyak rabak sampul tu (over sanad mana adew rabak), aku terus disajikan dengan barang-barang yang comel lote macam Nur Shafiza. Leulz akulah Nur Shafia tu. Siapa lagi.


Haaa comel tak? Aku order ID Card Holder je. Tapi bila bukak sampul, ada kad raya dan juga Burung Hantu. Auww comel kuasa sembilan. Sebenarnya dah lama order tapi sebab Melly busy, so lambat sikit sampai. Aku tak kisah sebenarnya, sebab kan tengah cuti sem. Cuba kalau dah bukak sem. Meroyan suruh Melly hantar cepat. Lol gurau sajo. Anyway, ni first time tau aku beli barang online. Tapi sebab si Melly ni dah boleh dianggap sebagai best friend di alam cyber, so aku percaya sangat kat dia.

Sebab tu tak kisah barang sampai lambat pun. Lagipun aku faham dia busy dengan kelas lagi. Baikkan aku? Memahami sangat (*muntah).

Burung hantu. Ni keychain. Boleh buat gantung dekat kunci bilik kolej sem depan.
Hotlah sayew sem depan. Leulz.

Kad raya.

Baca kad raya dari dia, terketawa sengsorang. Macam tak betul sangat kan? Yang tak tahan tu, peribahasa dia yang berbunyik begini ;

"Kalau ada jarum yang patah, tak menjahit lah jawabnya."

Pun bolehlah Melly oi. HAHAHAHA. Anyway, barang-barang kat atas tu semua dia jahit sendiri tau. Hebat kan kan?

 Kad raya tu jahit jugak ke shafiza?

Jangan nak mengada sangat lah. Aku cepuk japgi. Sapa yang beriya sangat weh nak jahit kad raya? Anyway, sebagai kali pertama berurus niaga dengan Cik Amalina Rahim ni, aku sangat berpuas hati. Jahitan dia sangat kemas. Sampaikan mak aku pun tak dapat detect yang ID Card Holder tu dia jahit sendiri. 



Selain dari kaler pink gedik kita tu, korang boleh pilih colour lain jugak. And boleh request nak design macam mana. Best tak best tak? Cepat cepat order. Boleh eksyen dengan kawan-kawan yang takda benda ni. Lepastu boleh pujuk kawan-kawan beli jugak. Berminat?

Ini page facebook dia ---> ARa Craft Facebook Page. Sila like and boleh cuci mata dengan handcraft dari Cik Amalina Rahim ni. 

Jangan risau, ownernya sangat mesra pelanggan ok? Selesa berurusan dengan dia. :)

Sekian, assalamualaikum.

Sila Like, Kalau Suka =D

1 comment:

Anonymous said...

fuyoooo comel la kad raya tu. nak tempah kad raya leh tak?