Tuesday, January 22, 2013

Makan untuk hidup, Bukan hidup untuk makan. (Part 2)

Assalamualaikum my dearest readers. Dah lama aku tak buat entry pasal makanan. Orang kuat makan macam aku ni kalau tak buat entry pasal makanan tak sah. Bagai irama dan lagu, macam tu jugaklah aku dengan makanan. Tak dapat dipisahkan. Dulu aku ada buat entry part 1 tapi lepastu dah lama tak online blog lalu lupa nak teruskan untuk part 2. Kalau nak baca entry part 1, sila kesini ---> Dimana jua anda berada. (Tetiba)

Amaran : Baca entry ini ketika anda lapar boleh membuatkan gastric juice mula berpesta dalam perut. Saranan gua lu orang pegi makan dulu.

Siapa sini orang Kajang? Angkat tangan cepat !! This entry dedicated to you guys. Places for you to go and seranggggg time perut lapar. Let's start the entry with this :

Village View Restaurant

This is a family restaurant. Sesuai untuk bawak family makan time hujung bulan. Tempat yang sangat selesa and yang paling penting, senang nak parking. Large parking spaces, senang nak cari tempat ni kat tepi jalan nak ke UKM and Bangi. The foods are great and the prices are so reasonable. Servis pun memang tip top sebab dia memang banyak pekerja. 

Jenis makanan : Lauk-pauk, western and masakan panas.
Recommended : Ayam Pandan and Butter prawn. Aku suka gila kot dua benda ni wajib order kalau datang. 

So must try!

Hambek kau. Juling mata tak tengok menu?
Mee Udang Terangkat

Ok, this place is for those yang suka makan mee udang macam ayah aku. Kemaen nak Mee Udang yang kat Kuala Sepetang je ke amenda ntah tu. Abaikan. Yelah kan, takkan kau mengidam lepastu sanggup pergi jauh-jauh. Dibuatnya time tu bukan waktu cuti dah tu nak kena tunggu cuti entah bila yang bakal kunjung tiba tu? Mak aku kata, kala mengidam kena tunaikan cepat. Nanti baby ayaq liur meleleh. 

Hei, I tak pregnant ok?

Ok, ok. Bukan baby. Cacing maybe? Cacing ayaq liur meleleh bahahaha alahai comel sanad. 

Lol sorry terpesong plot. Kat mana tadi eh? Haaa tempat ni pun senang nak cari. Tepi jalan jugak. Depan Sekolah Teknik Kajang nak menghala ke Bandar Kajang. This place is OPEN SPACE ya'll !! Yeah open space. Boleh makan sambil ditemani bintang dilangit. 

Mee Udang
Bukan setakat Mee Udang je ada. Masakan panas yang lain pun ada. 

Recommended : Mee Udang and Char Kuey Teow.

Masakan Panas.

This!

Taken from foursquare. 
NotBadLaa Grill

Siapa sini peminat setia burger bakar? Jom buat ombak sikit. Tadi aku dah feature tempat yang makan berat-berat. Sekarang ni, how about burger yeah? I loves this place like love love love! Tempat dia chill je kan boleh makan burger secara tak senonoh takda siapa nak kisah. Aku ni kalau makan burger sungguh tak sopan. Macam hulk sikit. Sikit ajelah tak banyak. Baru tau wujudnya kedai ni bila bff tersayang ajak makan sini. Lepastu terus melekat kat sini. Bila bff ajak makan or lepak terus keluar ni ;

"Jom burger bakar?"

Dah tak tanya dah nak makan apa. Burger bakar je yang keluar. 

Kruk kruk kruk... (bunyi perut)

Gemuknya gebunyaaaa daging!! 
Taken from foursquare...again.

Recommended : Burger daging.
Special menu : Dory Fish burger and Lamb Steak Burger. (Must try!)

Oh yeah. This gerai burger also easy to find one. Dok tepi jalan jugak dekat depan Dewan Orang Ramai Taman Mesra. 

Ok cukup dulu. Sebab aku yang lapar woi! Dahlah tak lunch lagi. Bila cuti sem ginilah jadinya. Makan tak teratur main redah je nak makan pukul berapa. Ok lah, till then. Assalamualaikum.


Sila Like, Kalau Suka =D

1 comment:

Anonymous said...

bila awak nak bawak kita g makan situ? *garu perut*