Assalamualaikum. Di petang yang aman damai ini marilah kita membazir masa baca blog yang entah apa-apa ini. Segala masa yang dibazirkan disini didahului dengan ucapan terima kasih sila datang lagi. Fuyyooo pantun ke apakah ini? T__T
Zaman sekarang ni siapa je yang takda pakwe atau makwe? Semua nak ada kekasih hati kan konon barulah cool di mata kengkawan. Apa barang takda kekasih hati. Foreber alone gittew.
Sapa nama pakwe kau?
Fahrin Ahmad.
Haa takpa. Fahrin Ahmad pun boleh dijadikan boypren secara fantasi. Iyelah nak dapat yang real punya memang tak lah kan. Dok flip-flip hair depan dia pun agaknya dia tak pandang. >.<
I know you want meh, You know I want cha~~ |
Kita bukan nak cakap cara-cara nak tackle Fahrin Ahmad ataupun cara-cara nak dapat boypren/girlpren. Tidak sama sekali. Itu semua pepandai sendirilah. Jodoh ditangan Tuhan.
Siapa sini ada kawan yang sungguh taat dengan kekasih dia? How do you feel about that? Annoying kan kekadang. Or is it you? Maksud sungguh taat dekat sini ialah, asal kau nak pegi mana-mana je benda first yang kau kena buat ialah tanya boypren/girlpren. Tak tanya makayah takpa , asalkan dapat restu kekasih pun dah cukup. Makayah tu tak bagitau pun takpa. Kalau kekasih tak bagi, sanggup cancel plan dengan kengkawan sambil bagi alasan ;
"Sorrylah yalls. Hunny bunny bear iols tak bagilah. Diew katew kalaw keluaw jugaw diew majokss sampai kehujung dunia."
Apa kau rasa kengkawan kau akan rasa? Yeah they will vomit all over the place. Kemonlah woi. Baru kekasih kot, belum tentu jadi milik kau yang sah. Lainlah dah sah takpalah jugak hunny bunny iols tak bagi ke amenda ke. Ini baru setakat couple tak sampai setahun.
Lainlah kau keluar nak pergi merompak ke, pergi clubbing cucuk-cucuk langit ke. Acceptable lah kan kekasih hati kau tak bagi. Ini setakat nak lepak dengan kengkawan sambil makan mee goreng mamak minum milo tabur pun tak boleh apa kes?
"Hunny bunny iols jeles kalau lelaki/perempuan usha iols."
Dem. Kalau takut sangat lelaki.perempuan lain usha kau, keluar pakai sut angkasawan tak pun pakai jubah beserta purdah. Haish bajet hot sangat sampai takut orang lain sailang kekasih hati dia.
Lagi satu, aku tak boleh terima kalau nak lepak dengan kengkawan sesama jantina pun tak boleh. Amboi kemaen dia jaga kekasih hati dia tak nak bagi orang lain tonton. Kepada kekasih diluar sana yang berperangai begini, kalau takut sangat awek/pakwe kau kena sailang, cepat-cepat kahwin lepastu tambat dia kat rumah.
Aku rasa istilah taat ada kekasih ni tak patut ada melainkan kekasih korang tu halang korang dari buat benda jahat ke apa. As long as kita tau kita buat apa, kekasih hati shouldn't be penghalang social life kau. Kau tak sepatutnya tunduk cium kaki kekasih hati kau and ikut je telunjuk dia.
"Diew takut kehilangan kitew sobs sobs."
Ok kalau takut sangat kehilangan kau benda paling senang, kahwin terus. Kalau tak mampu, benda lain yang boleh buat ialah, KEPERCAYAAN. Yes, kepercayaan tu penting. Kalau kau tak percaya dekat kekasih hati kau then buat apa kau nak teruskan hubungan korang lagi? Nak keluar pergi kedai mamak beli kelapa mak pesan pun dia tak bagi. Sanggup say no kat mak dia semata-mata nak jaga hati kekasih.
Jenis yang tak percaya kekasih ni, kalau tengah lepak dengan kawan dekat nak 200 kali jugak dia call nak check kekasih dia buat apa. Setiap 1 saat henset bunyi. Kita yang tengah bergosip ni pun kekadang terbantut nak bercerita. Baik aku ajak kekasih kesayangan kau tu lepak sekali. Kan?
Ada orang kata dengan aku, aku tak faham. And dia kata, pakwe aku jarang jumpa perempuan dekat sana sebab tu aku tak kesah and tak control dia sangat. Erm mind you. Aku jumpa Haidi bukannya time dia jadi polis. Kitorang start dari bawah. Dari dia kerja MCD, kerja polis bantuan sampailah dia jadi polis. Lagi pulak kitorang ni long distance relationship. Alhamdulillah, dia tak pernah control aku and aku tak pernah control dia. Kepercayaan kalau dah dipupuk sejak dari awal, Insyaallah takda masalah sampai bila-bila.
Bukan suruh bagi 100% kepercayaan kau. Simpan separuh in case anything happen tapi janganlah sampai mengongkong tak tentu pasal.
Kekasih kita bukanlah segala-galanya bagi kita selagi dia tak menjadi milik kita secara sah. Fikir jugak, orang yang patut kau taat ialah ibubapa kau bukan boypren/girlpren. Melainkan korang dah kahwin, yang perempuan wajib taat kepada suami and bagi lelaki pula, dia still kena taat kepada ibu dia.
"Syurga seorang isteri adalah dibawah tapak kaki suaminya. Syurga seorang suami adalah dibawah tapak kaki ibunya."
There's no such thing as ;
"Syurga seorang girlpren adalah dibawah tapak kaki boyprennya dan syurga seorang boypren adalah dibawah tapak kaki girlprennya." Haa japgi dua-dua makan tapak kaki aku kang.
Till then, renung-renungkkan dan assalamualaikum.
Sila Like, Kalau Suka =D
No comments:
Post a Comment