Assalamualaikum warga blog sekalian. Weh sedar tak dah bulan 2? Sedar tak ni? Makanya lagi beberapa hari saja nak tamat cuti alahai bosannya...I like cuti very much sebab boleh bersenang-lenang tanpa fikir assignment, kuiz, test and final! Siapa je tak suka cuti kan? Kalau cuti ni ada facebook, mungkin dah terima berbillion likers. Kalau cuti ni ada twitter, mungkin dia dah jadi twitfemes amboi kemaen gambarannya.
Seperti cuti-cuti yang lepas-lepas, aku memang duduk rumah. Jarang pergi holiday. Aku tak kisah pun sebab aku lebih suka duduk rumah. Nama pun cuti kan so nak relaks-relaks tenangkan fikiran dekat rumah. Rumahku, syurgaku. Hah kan dah tetiba nak sentimental. Adalah jugak keluar jenjalan dengan family and bffs sejati. Definisi cuti bagi aku ialah masa untuk spend time dengan keluarga dan jugak bffs kesayanganku. Yalah dah masuk sem nanti susah dah nak jumpa. Masing-masing busy kan? Sebab tu aku amek keputusan tak nak kerja sem ni. Nak bagi korang tatap muka aku puas-puas wkwkwkwk kbai tak kelakar tetiba nak wkwkwkwk bagai.
Namun, cuti yang sihat bukanlah hanya duduk dirumah sambil menternak lemak mengadap laptop main sims dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Tidak sama sekali. Amboi mengata diri sendiri. Aku ni dalam proses cuba nak menguruskan badan! Wkwkwkwkwk episod 2 !!
Zaman kurus T_T |
Disebabkan kawan nak kurus sesama dah kahwin dan lepas je dia kahwin terus niat nak kurus dah hilang, maka terpaksalah mengheret orang yang dah sedia kurus untuk teman aku joging. Ye kengkawan, anda tak silap baca. Aku joging. Jogging and me are now officially bestfriend (Insert muka straight punya emoticon here).
Aku nak kurus, tapi tak nak diet. Boleh macamtu? Aku ni kan perut tempayan kalau diet kang mulalah lapar lepastu moody. So inisiatif aku yang seterusnya dalam misi nak kurus ni ialah dengan joging. Cuti-cuti sem begini sangat sesuai ye rakan-rakan untuk pergi joging memandangkan bila dah balik shah alam idok ler teman nak joging. Kat Shah Alam katil adalah bestfriend aku. So pepahamlah ye? Balik kelas memang tersadai kat katil je macam penat sangat kan. Duhhh...
Aku selalu joging kat Stadium Kajang. Selain boleh fefeeling macam atlet kat sini, kita juga boleh mencuci mata melihat abam-abam tuff joging. Ok takdalah abam tuff sangat pun. Pakcik-pakcik je ramai. Hewhewhew niat salah woi! T_T
Abam tuff joging kat pantai je sila take note. |
Tempat tu besar so aku tak kisah pun joging sensorang kat sini. Yelah orang lain pun datang nak joging kan bukan aku sorang je sibuk lari-lari kat tetengah alam tu. Kalau ada kawan pun sempat jugaklah 'menganyam ketupat' sebakul dua bakul. Nampak tak permainan dia kat situ? Lemak tak berkurang, dosa bertambah. *Insaf kejap*
Sekarang, marilah kita cuci mata tengok awek cun joging. Ehhhh?
Tengok, tengok. Orang joging, dia bergambar. |
Siap pass baton. Poyo gilos. |
Lepastu ada benda ni! |
Dan ini kalau malas nak lari boleh exercise kaki sambil duduk. |
Run baby run! |
Selain ada basikal-basikal kat atas tu, ada jugak alat senaman lain. Dah macam dekat gym dah aku tengok. So kalau malas nak lari bolehlah duduk tepi-tepi tu sambil buat sit up, angkat berat badan sendiri dan sebagainya.
Sekian, marilah kita berjoging dan bersenam demi meningkatkan kecergaan diri. Agak-agak jumpa aku kat stadium laga bahu tu bolehlah mintak sign. Kbai dan assalamualaikum :)
Sila Like, Kalau Suka =D
No comments:
Post a Comment