Assalamualaikum to all my blog readers. Hmmmm…where should I
start my entry? Inilah masalahnya bila nak cari mukadimah. Stressnya macam nak pikir
jawapan untuk espiyem (SPM) tau dak.
Hoi hoi tak payah nak stress sangat lah woi. Straight to
ampang point lah.
Ok ok ok. The date on my laptop is already 10th
February 2013. Ce teka apa yang special nya? Ah tak payah dok serabut sangat
nak pikir jawapan. Meh sini aku bagitau.
It’s the date where me and Haidi has been together for 5
years! (krik krik krik)
Dah tu awatnya?
Ala…nak menggedik lah sikit kan. 5 tahun tu. The longest
relationship I have so far and aku harap, kekal sampai bila-bila. Amin…
Haidi Bin Anuar, this entry is for you.
Untuk lelaki yang selalu kacau aku masa kerja mcdonald dulu
dengan ayat ni “Shafiza, kau sayang aku tak?”
Untuk lelaki yang siku dahi aku sedangkan tak pernah kenal
apatah lagi nak bercakap.
Untuk lelaki yang sanggup pinjamkan bahu buat aku lap hingus
sebab keputusan espiyem kantoi.
Untuk lelaki yang sentiasa bersama aku dari aku abes sekolah
sampailah ke Degree dan aku harap, biarlah kau temankan aku sampai masanya aku
tutup mata buat selama-lamanya.
Ya, aku sayangkan kau. Dalam kamus hidup aku dah takda
istilah lelaki lain sebab aku tak nak bazirkan masa aku untuk cari lelaki lain
dan mulakan semuanya dari awal. Tu semua memenatkan.
Aku tak pernah sangka boleh bersama dengan lelaki sebaik
kau. Kalau aku tinggalkan kau, memang aku boleh dicop perempuan bangang. Ye, bangang
sebab nak jumpa lelaki sebaik kau, aku amek masa 18 tahun ok? Hamboi exaggerate
nyew. Hewhewhew.
Eh eh penatlah nak serius-serius ni. Rasa macam tengah buat
karangan bahasa melayu plak padahal nak post ke blog je.
Macam mana boleh kekal sampai 5 tahun?
Aku sendiri pun macam tak percaya sebab sebelum ni aku kapel
sebulan and paling kejap seminggu haram J betei perangai masa sekolah. Kiranya Haidi ni macam Superman akulah yang datang
menyelamatkan bumi demi koko yang dicari (?). Lagu mende aku nyanyi tu lirik
main redah je.
5 tahun yang penuh dengan cabaran dan paling sedihnya, kena
lalui hubungan jarak jauh. Kitorang ni selalu berpisah sejak dari awal kapel
lagi. Baru sebulan kapel, aku masuk PLKN. Balik PLKN, sebulan lepastu masuk
Politeknik pulak. Abes satu semester kat politeknik, seminggu lepastu pegi
Jengka sambung ke diploma kat UiTM. Masa aku kat uitm, Haidi dapat panggilan
Polis and dia terpaksa terbang ke Sarawak selama 6 bulan. Tamat je latihan kat
Pulapol Sarawak, terus dia sambung kerja kat Kelantan. Masa dia masuk Polis lah
paling berat skali sebab hampir setahun tak jumpa.
Encik polis kesayangan hatiku. |
Tapi Alhamdulillah, kami kuat sampai sekarang. Adalah jugak
gaduh and perang dunia agaknya sekarang ni dah sampai perang dunia ke lapan
belas kot? Normal lah tu bergaduh takkan nak bahagia selalu pun pelik jugak ye
dak? Satu je dia nasihat aku, kalau gaduh jangan sesekali ucap perkataan ‘putus.’
Kalau dah namanya Shafiza memang degil yang amat. Adalah
jugak cakap putus beberapa kali tapi lepastu kena marah dengan Haidi reti pulak
diam minah tu. Bagi aku yang paling penting bila dalam hubungan jarak jauh ni
ialah kepercayaan dan kesetiaan. Ala-ala macam dalam rukun Negara gittew. Kalau
tak percaya and tak setia, maka tak jadilah segele-gelenye.
Oklah, malas nak taip panjang lenguh jari-jemari.
Untuk Haidi Bin Anuar ;
“Terima kasih untuk 5 tahun yang sangat awesome ini. Tunggu sayang
abes degree ok? Mengikut perkiraan kalendar kaum Mayan, Sayang nak abes degree
lagi setahun setengah. Eleh kejap je tu kan kan? Semoga satu hari nanti kita
akan sah bergelar suami isteri dan akan kekal sampai ke syurga. Amin…I love
you, Haidi.”
"The day we met, Frozen I held my breath, Right from the start, I knew that I found the home for my hearts" |
Sekian, assalamualaikum. :)
Sila Like, Kalau Suka =D
No comments:
Post a Comment